Jumlah dana terkumpul RM13.5 juta (25 November 2025)
Baki diperlukan RM3.5 juta 79%

Infaq Dana Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim

“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari Baginda SAW) di syurga”. (Riwayat Muslim no. 2983).

Kompleks ini sedang dibangunkan di PT161557, Persiaran Pulau Lumut, Taman Laguna Pulau Indah, Klang Bandar Diraja, Selangor Darul Ehsan dan direncanakan bagi menampung seramai 108 orang anak yatim lelaki pada satu-satu masa. Ianya dibangunkan dengan konsep Islamik Kontemporari diharapkan dapat membantu anak-anak yatim yang kurang berkemampuan dalam memastikan mereka menerima pendidikan dan infrastruktur yang sama dengan kanak-kanak seusia yang mempunyai keluarga.

Fasiliti-fasiliti utama yang disediakan di Kompleks Asrama Anak Yatim ini termasuklah:

  1. Blok Asrama Anak Yatim Lelaki
  2. Surau
  3. Dewan Serbaguna
  4. Gelenggang Permainan
  5. Arena Kiosk

Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah ini dibangunkan di atas tanah yang diwakafkan oleh Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. seluas 3.47 ekar dan sumbangan wakaf sebanyak RM5 juta.

Jumlah dana terkumpul RM13.5 juta (25 November 2025)
Baki diperlukan RM3.5 juta 79%

Progres Terkini Pembinaan Kompleks Anak Yatim

Setiap sumbangan anda layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No LHDN, 01/35/42/51/179-6-7622)

Buat Pilihan Infaq di bawah.

Penafian :-
Kerajaan Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan – YIDE tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal YIDE ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk di dalam portal ini tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen atau syarikat yang disyorkan oleh YIDE.

Hak cipta Laman Web Rasmi Yayasan Islam Darul Ehsan – YIDE dan kandungannya yang termasuk logo, imej dan tulisan YIDE , maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya adalah hakmilik Yayasan Islam Darul Ehsan – YIDE kecuali yang dinyatakan sebaliknya.

Segala penerbitan, pengeluaran, penyalinan, pengedaran, pengagihan, penjualan, pemaparan, penyiaran, eksploitasi, berkenaan laman web ini adalah tidak dibenarkan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada YIDE.